>
Photobucket

Sunday, April 24, 2011

Pastikan Produk Gelatin Ada Halal


Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ianya memperolehi sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom berkata, JAKIM hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang seratus peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan DNA babi.

Antara kategori pensijilan halal yang dikeluarkan JAKIM  ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan, ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain. Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil itu.Di samping itu, JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau jualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperolehi sijil Halal.

Untuk pengetahuan semua, JAKIM hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk tidak halal. Sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada JAKIM atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my      

1 comment:

  1. Gelatin is a natural protein that is derived from the partial hydrolysis of collagen, which exists in the skin and bones of animals. Gelatin is intended for human consumption and mainly used as a gelling agent, a clarifying agent (drink), binding agent for light sensitive silver halides and a thickening agent as well. Commercially available Gelatin is a natural foodstuff and chemically, Gelatin is a pure protein.

    Halal Gelatin

    ReplyDelete